- (c) bahawa kewajipan seseorang pemegang lesen di bawah Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.
(2) Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pembaharuan lesen
43. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana pemegang lesen di bawah Bab ini yang memuaskan hati Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bahawa semenjak tarikh pengeluaran lesen itu, ia telah dengan sah dan berterusan mengadakan dengan cara yang memadai dan cekap suatu perkhidmatan kenderaan pelancongan mengikut terma dan syarat lesen itu, hendaklah apabila membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi pembaharuan lesen itu, diberi keutamaan daripada semua permohonan yang lain bagi lesen untuk menjalankan perkhidmatan sedemikian atau perniagaan mengadakan perkhidmatan sedemikian yang sebahagian besarnya adalah sama dengan perkhidmatan yang telah diadakan oleh pemegang lesen itu.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat oleh pemegang lesen itu, memperbaharui lesen itu atas apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau menolak permohonan itu.
(3) Sesuatu permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen yang sedia ada dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
(4) Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (3) dan tidak memberikan apa-apa sebab yang difikirkan munasabah oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Ketua Pengarah Pengangkutan