Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/66

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
62
Undang-Undang Malaysia
Akta 715

atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah seksyen ini.

(3) Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Syarat berkanun lesen

42. (1) Menjadi syarat bagi tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini—

(a) bahawa kenderaan pelancongan itu disenggarakan dalam keadaan yang baik dan boleh guna sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan;
(b) bahawa pemegang lesen dan pekerjanya yang memandu kenderaan pelancongan itu memberikan keutamaan paling tinggi kepada keselamatan penumpang, pemandu pelancong di atas kenderaan pelancongan itu dan pengguna jalan yang lain dan hendaklah, khususnya, memastikan bahawa semua peruntukan dalam Akta ini dan semua undang-undang bertulis yang lain yang berkenaan dengan perkara yang diperihalkan di bawah dipatuhi dengan sewajarnya berhubung dengan kenderaan pelancongan itu atau berkaitan dengan penggunaan atau pengendaliannya;
(i) had laju yang dikenakan berkenaan dengan kenderaan pelancongan atau kelasnya, sepertimana terpakai;
(ii) berat dengan muatan dan tanpa muatan bagi kenderaan pelancongan; dan
(iii) pembinaan, kegunaan dan kelengkapan kenderaan motor secara amnya dan, kenderaan pelancongan khususnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan