Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
65
Syarat yang boleh dikenakan pada lesen
41. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan pada suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya—
- (a) bahawa pemegang lesen itu hendaklah, berkaitan dengan lesennya, hanya menggunakan, menyebabkan atau membenarkan penggunaan kenderaan pelancongan yang dinyatakan dalam lesen itu; dan
- (b) bahawa pemegang lesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkenaan dengan penggunaan kenderaan pelancongan itu termasuk—
- (i) kelakuan pemandu kenderaan pelancongan;
- (ii) langkah untuk melindungi keselamatan penumpang dan pengguna jalan yang lain, termasuk bilangan maksimum penumpang yang boleh dibawa di atas kenderaan pelancongan itu;
- (iii) jenis dokumen dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk dibawa atau dipamerkan pada setiap kenderaan pelancongan, dan yang boleh diperiksa; dan
- (iv) kehendak bahawa pemegang lesen hendaklah menyimpan dan mengemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan akaun, dokumen dan rekod tertentu, selain dokumen yang disebut dalam subperenggan (1)(b)(iii).
(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya, menambahkan, membatalkan