Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/51

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
51

dinyatakan dalam lesen pengendali itu atau tidak boleh diambil atau diturunkan di antara poin yang dinyatakan; dan

(B) kehendak bahawa penumpang yang melebihi bilangan yang dinyatakan tidak boleh dibawa pada satu-satu masa dalam setiap kenderaan perkhidmatan awam;
(v) jenis dokumen yang hendak dibawa dan maklumat yang hendak dipamerkan pada setiap kenderaan perkhidmatan awam, seperti salinan lesen pengendali, jadual waktu dan jadual tambang, dan yang boleh diperiksa;
(vi) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah menyimpan dan mengemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan akaun, dokumen dan rekod yang dinyatakan, selain dokumen yang disebut dalam subperenggan (1)(b)(v); dan
(vii) kehendak bahawa setiap kenderaan perkhidmatan awam disimpan di tempat yang ditentukan semasa tidak digunakan.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen pengendali di bawah seksyen ini.

(3) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.