Laman ini telah dibaca pruf
50
Undang-Undang Malaysia
Akta 715
- (a) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah, berkaitan dengan lesen pengendalinya, hanya menggunakan—
- (i) kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas kenderaan perkhidmatan awam yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu; dan
- (ii) sekian bilangan kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas kenderaan perkhidmatan awam yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dengan mengambil kira khususnya, apa-apa batasan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri menurut seksyen 33, untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu; dan
- (b) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkenaan dengan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dikendalikan atau diadakan olehnya dan kemudahan, jika ada, yang diadakan olehnya, termasuk—
- (i) takat, jam, kekerapan dan laluan atau kawasan yang hendak diberi perkhidmatan;
- (ii) tahap prestasi perkhidmatan yang hendak diberikan kepada penumpang;
- (iii) kelakuan pemandu dan konduktor kenderaan perkhidmatan awam;
- (iv) langkah untuk melindungi keselamatan penumpang dan pengguna jalan yang lain termasuk—
- (A) kehendak bahawa penumpang tidak boleh diambil atau diturunkan kecuali di poin yang