Laman ini telah dibaca pruf
52
Undang-Undang Malaysia
Akta 715
Syarat berkanun lesen pengendali
23. (1) Menjadi syarat bagi tiap-tiap lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—
- (a) bahawa kenderaan perkhidmatan awam itu disenggarakan dalam keadaan yang baik dan boleh guna sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan;
- (b) bahawa pengendali berlesen dan pekerjanya yang memandu kenderaan perkhidmatan awam itu memberikan keutamaan yang paling tinggi kepada keselamatan penumpang dan pengguna jalan yang lain dan hendaklah, khususnya, memastikan bahawa semua peruntukan Akta ini dan semua undang-undang bertulis yang lain berkenaan dengan perkara yang diperihalkan di bawah dipatuhi dengan sewajarnya berhubungan dengan kenderaan perkhidmatan awam itu atau berkaitan dengan penggunaan atau pengendaliannya:
- (i) had laju yang dikenakan berkenaan dengan kenderaan perkhidmatan awam atau kelasnya;
- (ii) berat dengan muatan dan tanpa muatan dan pemuatan kenderaan perkhidmatan awam; dan
- (iii) pembinaan, penggunaan dan kelengkapan kenderaan motor secara amnya dan, kenderaan perkhidmatan awam khususnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
- (c) bahawa kewajipan seseorang pengendali berlesen di bawah Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.
(2) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.