Lesen pengendali jangka pendek
20. (1) Jika sesuatu permohonan telah dibuat bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, jika sebab pentadbiran atau atas alasan keterdesakan perkara itu difikirkannya wajar dibuat sedemikian sementara menunggu permohonan itu diputuskan, mengeluarkan kepada pemohon itu suatu lesen pengendali jangka pendek bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
(2) Suatu lesen pengendali jangka pendek hendaklah terhenti berkuat kuasa dari tarikh yang Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat memberikan keputusannya terhadap permohonan itu, dan dalam apa hal jua pun tidak boleh berkuat kuasa lebih daripada dua belas bulan.
Perubahan sementara penggunaan kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan
[1]21. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat oleh seorang pengendali berlesen, membenarkan bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, pengendali berlesen bagi suatu kelas kenderaan perkhidmatan awam yang tertentu untuk menggunakan suatu kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan daripada mana-mana kelas lain.
Syarat yang boleh dikenakan pada lesen pengendali
22. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya—
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaCOVID-19