- (c) apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.
(2) Bagi maksud seksyen ini, “kawalan”, berhubung dengan seorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.
(3) Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Bab 3
Skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan, perancangan laluan, dsb.
Skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan
13. (1) Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan yang hendaklah dibayar oleh pengguna jalan yang terletak di dalam mana-mana kawasan yang ditentukan, dengan syarat bahawa suatu perintah berkenaan dengan mana-mana jalan yang terletak dalam bidang kuasa sesuatu pihak berkuasa yang berkenaan yang diperihalkan dalam perenggan 67(a), (b), (c) dan (e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 hendaklah dibuat dengan persetujuan pihak berkuasa yang berkenaan itu.
(2) Suatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan—
- (a) bahagian jalan di dalam sesuatu kawasan yang ditentukan yang berkenaan dengannya suatu caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan boleh dituntut, dikutip dan dipegang simpan;