Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/40

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
40
Undang-Undang Malaysia
Akta 715

penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perniagaan pengantaraan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen itu.

Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk menyimpan rekod, dsb.

12F. (1) Menjadi kewajipan seorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk menyimpan apa-apa akaun dan rekod sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tl) berhubung dengan lesen yang dikeluarkan kepadanya.

(2) Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

12G. (1) Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen perniagaan pengantaraan, pada setiap masa, untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:

(a) apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu yang mungkin mempunyai kesan yang buruk pada keadaan kewangannya atau terhadap keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen itu;
(b) apa-apa celaan atau denda yang dikenakan ke atas pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan