Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/42

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
42
Undang-Undang Malaysia
Akta 715


(b) orang yang diberi kuasa untuk menuntut dan mengutip, dan orang yang diberi kuasa untuk memegang simpan, caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan itu, termasuk jangka masa pemberikuasaan itu;
(c) kewajipan dan obligasi orang yang diberi kuasa di bawah perenggan (b);
(d) orang dan kelas kenderaan yang berkenaan dengannya caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan boleh dituntut, dikutip dan dipegang simpan;
(e) kadar atau kadar-kadar bagi caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan yang boleh dikenakan;
(f) masa dan cara pembayaran caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan, termasuk tempat atau poin kutipan dan masa yang wang itu hendaklah dibayar;
(g) orang atau kelas kenderaan yang hendak dikecualikan daripada pembayaran caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan bagi apa-apa tempoh yang ditetapkan dalam perintah itu, tertakluk kepada apa-apa syarat yang disifatkan patut dikenakan berkaitan dengannya; dan
(h) apa-apa hal keadaan atau syarat lain, yang tidak termasuk dalam subseksyen ini yang berhubungan dengan tuntutan, kutipan dan pemegangan simpan caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan itu.

(3) Seseorang yang tidak membayar caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan mengikut cara yang dinyatakan dalam perintah di bawah subseksyen (1) atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(4) Jika suatu caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan ditetapkan menurut seksyen ini berkenaan dengan mana-mana jalan yang terletak dalam bidang kuasa suatu pihak berkuasa yang berkenaan