jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen itu patut dibatalkan atau digantung.
(2) Jika suatu lesen—
- (a) telah dibatalkan, lesen itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen itu mengembalikan lesen itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
- (b) telah digantung, mana-mana pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang berterusan mengendalikan atau mengadakan suatu perniagaan pengantaraan dalam tempoh penggantungan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pemindahan lesen dilarang
12E. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 12A hendaklah menjadi khas untuk pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, dan tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.
(2) Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3) Walau apa pun perenggan 12D(1)(c), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang