Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/38

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
38
Undang-Undang Malaysia
Akta 715

tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 12A

(a) jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen tidak dipatuhi;
(b) jika pengeluaran lesen itu didorong oleh suatu representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu; atau
(c) sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perniagaan pengantaraan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(A) dalam hal perenggan (a), boleh sebagai ganti pembatalan atau penggantungan lesen melantik suatu pihak ketiga untuk membetulkan ketidakpatuhan itu dan mendapatkan semula kos pembetulan itu daripada pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu;
(B) dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen itu patut dibatalkan atau digantung; atau
(C) dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b) atau (c), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan