(2) Sesuatu permohonan untuk membaharui lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen itu dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
(3) Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberikan apa-apa alasan yang difikirkan munasabah oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau menentukan permohonan itu.
(4) Jika tiada permohonan untuk membaharui lesen dikemukakan, pemegang lesen perniagaan pengantaraan hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen, mengembalikan lesen itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
Permohonan bagi pengubahan
12C. Apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan bagi pengubahan lesen atau syarat lesen, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mempunyai kuasa penuh dalam budi bicaranya—
- (a) untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;
- (b) untuk menolak permohonan itu; atau
- (c) untuk memerintahkan apa-apa pengubahan pada lesen itu atau syarat lesen itu selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.
Pembatalan atau penggantungan lesen
12D. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen perniagaan pengantaraan dan