Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/34

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 715


Kewajipan pemegang lesen terminal untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

12. (1) Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen terminal, pada setiap masa, untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:

(a) apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pemegang lesen terminal itu yang mungkin mempunyai kesan yang buruk pada keadaan kewangannya atau terhadap keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen itu;
(b) apa-apa celaan atau denda yang dikenakan ke atas pemegang lesen terminal itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
(c) apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen terminal itu.

(2) Bagi maksud seksyen ini, “kawalan” berhubungan dengan seorang pemegang lesen terminal, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen terminal itu.

(3) Seseorang pemegang lesen terminal yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bab 2A
Pelesenan perniagaan pengantaraan

Pelesenan perniagaan pengantaraan

12A. (1) Tertakluk kepada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan atau mengadakan perniagaan pengantaraan