Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/33

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
33

pemegang lesen terminal itu, dan tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.

(2) Seseorang pemegang lesen terminal yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Walau apa pun perenggan 9(1)(c), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, likuidasi, pemegang lesen terminal itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan mengendalikan terminal pemegang lesen terminal itu atau, jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen itu.

Kewajipan pemegang lesen terminal untuk menyimpan rekod, dsb.

11. (1) Menjadi kewajipan seorang pemegang lesen terminal untuk menyimpan apa-apa akaun dan rekod sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tak) berhubungan dengan lesen yang dikeluarkan kepadanya.

(2) Seseorang pemegang lesen terminal yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.