melainkan jika dia memegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.
(2) Sesuatu permohonan bagi suatu lesen di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
(3) Pemohon hendaklah memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat maklumat yang lengkap tentang kedudukan kewangannya untuk membuktikan keupayaannya untuk menyenggara dan mengendalikan perniagaan pengantaraan.
(4) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat bagi lesen di bawah seksyen ini—
- (a) meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dan, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan lesen kepada pemohon; atau
- (b) menolak permohonan itu.
(5) Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan jangka masa lesen itu dan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan syarat pada lesen itu yang termasuk—
- (a) jenis dan takat perniagaan pengantaraan yang akan dikendalikan atau disediakan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan;
- (b) tahap am perkhidmatan yang hendak disediakan kepada orang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan pengantaraan;