“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam [1]Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“syarikat kereta api” termasuk mana-mana orang, yang merupakan pemunya atau penerima pajak sesuatu kereta api atau pihak kepada suatu perjanjian bagi pengerjaan suatu kereta api;
“tambang” termasuklah semua jumlah wang yang diterima atau boleh diterima dan semua jumlah wang yang dikenakan atau boleh dikenakan bagi mengangkut penumpang;
“tambang muatan” termasuk semua jumlah wang yang diterima atau boleh diterima dan semua jumlah wang yang dikenakan atau boleh dikenakan bagi pengangkutan barangan;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini atau bahagian-bahagian Akta ini mula berkuat kuasa;
“terminal” ertinya—
- (a) stesen tunggal atau pelbagai modal dan pusat pengangkutan yang dikhususkan untuk pengangkutan awam darat atau bahagian atau pecahannya yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat;
- (b) kaunter perkhidmatan atau kaunter tiket yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat; atau
- (c) depoh kontena untuk penyimpanan kontena yang digunakan bagi import atau eksport;
“undang-undang pengangkutan awam darat” ertinya Akta ini dan Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang ini.
- ↑ CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.