Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/28

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 715


Bahagian II

DASAR PENGANGKUTAN AWAM DARAT, PERANCANGAN DAN STRATEGI

Bab 1–(Dipotong oleh Akta A1574)

3–5. (Dipotong oleh Akta A1574).

Bab 2
Pelesenan terminal

Pelesenan terminal

6. (1) Tertakluk kepada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan mana-mana terminal melainkan jika dia memegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(2) Sesuatu permohonan bagi lesen di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Pemohon hendaklah memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat maklumat yang lengkap tentang kedudukan kewangannya untuk membuktikan keupayaannya untuk menyenggarakan dan mengendalikan terminal yang memadai, memuaskan, selamat dan cekap.

(4) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat bagi lesen di bawah seksyen ini—

(a) meluluskan permohonan sepenuhnya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dan, apabila