- (b) berhubungan dengan mana-mana kenderaan motor yang lain, ertinya orang yang memiliki atau yang sedang menggunakan atau yang berhak menggunakan kenderaan motor itu;
“pengangkutan awam darat” ertinya pengangkutan di darat dengan menggunakan pengangkutan penumpang awam darat dan pengangkutan barang awam darat, dan termasuklah perkhidmatan pengangkutan awam darat, terminal, kemudahan, rangkaian, sistem, operasi dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan sedemikian atau perkhidmatan pengangkutan awam darat;
“pengangkutan barang awam darat” ertinya pembawaan barangan di darat dengan menggunakan suatu kenderaan barangan atau kereta api;
“pengangkutan penumpang awam darat” ertinya pembawaan penumpang, termasuk bagasinya, di darat dengan menggunakan suatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api;
“pengendali berlesen” ertinya—
- (a) seseorang pemegang lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab 1 Bahagian III;
- (b) seseorang pemegang lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab 3 Bahagian III; atau
- (c) seseorang pemegang lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bahagian IV;
“pengusahaan pelancongan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992;
“Pentadbir” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada
“Pentadbir Tanah” oleh seksyen 5 [1]Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56/1965];
- ↑ CATATAN—Kanun Tanah Negara 1965 telah disemak dan dinomborkan semula sebagai Kanun Tanah Negara (Disemak‒2020) Akta 828 berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2020.