Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/22

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 715


“pegawai pengangkutan awam darat” ertinya mana-mana orang yang dilantik menjadi seorang pegawai pengangkutan awam darat di bawah seksyen 215A;

“pegawai pengangkutan jalan” ertinya mana-mana orang yang dilantik menjadi seorang pegawai pengangkutan jalan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“pegawai polis” termasuklah pegawai polis tambahan, pegawai polis simpanan sukarela atau pegawai polis pembantu yang dilantik di bawah Akta Polis 1967 [Akta 344];

“pelancong” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482];

“pemandu” ertinya orang yang pada masa itu memandu sesuatu kenderaan yang berkaitan atau kereta api, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan dalam hal sesuatu kenderaan yang berkaitan atau kereta api yang tidak bergerak, termasuklah orang yang pada masa itu bertanggungjawab untuk memandu kenderaan yang berkaitan atau kereta api itu;

“pemandu pelancong” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992;

“pemegang lesen” ertinya pemegang sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2 Bahagian III;

“pemegang lesen perniagaan pengantaraan” ertinya pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2A Bahagian II;

“pemegang lesen terminal” ertinya pemegang sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2 Bahagian II;

“pemunya”—

(a) berhubungan dengan sesuatu kenderaan motor yang didaftarkan atau disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, ertinya pemunya berdaftar kenderaan itu; dan