Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/24

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 715


“penumpang”—

(a) berhubungan dengan seorang yang dibawa dalam suatu kenderaan perkhidmatan awam, tidak termasuk pemandu atau konduktor atau mana-mana pekerja lain pengendali berlesen yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang dalam menjalankan kewajipannya;
(b) berhubungan dengan seorang pelancong yang dibawa dalam suatu kenderaan pelancongan, tidak termasuk pemandu atau pemandu pelancong;
(c) berhubungan dengan seorang yang dibawa dalam suatu kereta api, tidak termasuk pemandu atau konduktor atau mana-mana pekerja lain pengendali berlesen yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang dalam menjalankan kewajipannya; atau
(d) berhubungan dengan seorang yang dibawa dalam suatu kenderaan barangan, tidak termasuk pemandu atau mana-mana kelindan yang dikehendaki oleh undang-undang supaya dibawa dalam kenderaan itu;

“peringkat tambang”, berhubungan dengan sesuatu laluan yang dibenarkan dalam suatu lesen pengendali bagi suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, ertinya apa-apa pembahagian laluan itu bagi maksud mengaturkan sesuatu jadual tambang;

“perkhidmatan kenderaan barangan” ertinya—

(a) pembawaan barangan bagi mana-mana pihak ketiga dengan menggunakan suatu kenderaan barangan untuk sewa atau upah; atau
(b) pembawaan barangan bagi mana-mana pihak ketiga atau pembawaan barangan sendiri dengan menggunakan suatu kenderaan barangan yang berkaitan dengan suatu perdagangan atau perniagaan;