Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
223
(2) Tiada prosiding yang diambil di bawah atau menurut kuasa Akta ini boleh menjadi tidak sah kerana ketidaktepatan bentuk.
Bahagian XII
AM
247. (Dipotong oleh Akta A1574).
248. (Dipotong oleh Akta A1574).
Daftar
249. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyenggarakan suatu daftar dalam kedua-dua bentuk fizikal dan elektronik mengenai semua perkara yang dikehendaki supaya didaftarkan di bawah Akta ini.
(2) Seseorang boleh, apabila dibayarnya fi yang ditetapkan—
- (a) memeriksa daftar itu; dan
- (b) membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, daftar itu.
(3) Jika seseorang meminta supaya suatu salinan diberikan dalam bentuk elektronik, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh memberikan maklumat yang berkaitan itu—
- (a) dengan menggunakan peranti pemprosesan data; atau
- (b) melalui penghantaran elektronik.