kediamannya yang terakhir diketahui atau di tempat perniagaannya; atau
- (d) dengan menghantarkan dokumen kepada orang itu secara elektronik.
(2) Sesuatu dokumen yang dikehendaki supaya disampaikan kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penduduk mana-mana premis hendaklah disifatkan telah dialamatkan dengan sepatutnya jika dialamatkan dengan menggunakan perihalan “pemunya”, “perbadanan pengurusan” atau “penduduk” premis itu tanpa nama atau perihalan lanjut dan boleh disampaikan dengan menghantar serah dokumen itu kepada seorang dewasa yang berada di premis itu atau, jika tiada orang sedemikian di premis itu yang kepadanya dokumen itu dapat dihantar serah dengan usaha yang munasabah, dengan melekatkan dokumen di mana-mana bahagian yang mudah dilihat di premis itu.
(3) Jika sesuatu dokumen diserahkan melalui pos dalam bentuk surat prabayar, dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai telah diserahkan pada hari yang berikutnya dokumen itu sepatutnya diterima, dalam penjalanan biasa pos.
(4) Jika seseorang yang diserahkan dokumen melalui pos dengan surat prabayar diberitahu tentang hakikat bahawa adanya surat prabayar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk mengambil surat prabayar itu, dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai telah diserahkan kepadanya pada tarikh ia dimaklumkan demikian.
Ketidaktepatan dalam dokumen
246. (1) Tiada kesilapan nama atau ketidaktepatan perihalan mana-mana orang, premis, pegangan, jalan atau tempat yang dinamakan atau diperihalkan dalam mana-mana dokumen yang disediakan, dikeluarkan atau disampaikan di bawah, menurut kuasa atau bagi maksud Akta ini boleh dengan apa-apa cara menyentuh kuat kuasa Akta ini berkenaan dengan orang atau tempat itu jika orang atau tempat itu dinyatakan sedemikian rupa dalam dokumen itu sehingga boleh dikenal pasti.