(2) Jika mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau bahan yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa entri yang menamakan atau memperihalkan mana-mana pemberi maklumat dalamnya atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua entri sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
(3) Jika dalam sesuatu perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini mahkamah, selepas siasatan penuh tentang kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan suatu siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.
Cara penyampaian dokumen
245. (1) Penyampaian mana-mana dokumen kepada mana-mana orang hendaklah dilaksanakan—
- (a) dengan menghantar serah dokumen itu kepada orang itu atau dengan menghantar serah dokumen itu ke alamat kediaman orang itu yang terakhir diketahui;
- (b) dengan meninggalkan dokumen itu di alamat kediaman orang itu yang terakhir diketahui atau di tempat perniagaan orang itu dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu;
- (c) dengan menghantarkan dokumen itu melalui pos berbayar dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di alamat