“Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat” ertinya Ketua Pengarah yang dipertanggungjawabkan bagi pengangkutan awam darat;
“Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan” ertinya Ketua Pengarah bagi pengangkutan jalan yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan Timbalan Pengarah;
“konduktor” ertinya—
- (a) seseorang yang dibenarkan di bawah Akta ini untuk bertindak sebagai seorang konduktor suatu kereta api; atau
- (b) seseorang yang dilesenkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk bertindak sebagai seorang konduktor suatu kenderaan perkhidmatan awam;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan;
“meletak kereta” ertinya membawa sesuatu kenderaan motor ke keadaan yang tidak bergerak dan menyebabkannya menunggu bagi apa-apa maksud selain mengambil atau menurunkan dengan serta-merta orang, barangan atau bagasi;
“menetapkan” ertinya menetapkan melalui peraturan-peraturan;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;
“orang” termasuklah orang perseorangan, syarikat, perkongsian, dan mana-mana kumpulan orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan yang lain;
“pegawai kereta api” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau bagi pihak mana-mana syarikat kereta api yang merupakan pengendali berlesen, untuk melaksanakan mana-mana fungsi yang berkaitan dengan suatu kereta api;