Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
217
mengenai tandatangan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi perakuan itu.
Anggapan
239. Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, setakat yang perlu untuk membuktikan kesalahan yang dipertuduh, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan selainnya—
- (a) bahawa apa-apa pengangkutan penumpang di dalam sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah untuk sewa atau upah;
- (b) bahawa apa-apa pembawaan barangan di dalam sesuatu kenderaan barangan atau kereta api, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah untuk sewa atau upah;
- (c) bahawa penumpang yang dibawa di dalam—
- (i) suatu kenderaan perkhidmatan awam dibawa sebagai balasan bagi bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka;
- (ii) suatu kenderaan pelancongan dibawa sebagai balasan bagi satu bayaran atau bayaran yang berasingan yang dibuat oleh mereka;
- (iii) suatu kereta api dibawa sebagai balasan bagi bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka;
- (d) bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang sesuatu lesen vokasional di bawah Bab 6 Bahagian IV;
- (e) bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang sesuatu lesen jangka pendek atau lesen pengendali jangka pendek di bawah Bahagian III; atau