Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/218

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
218
Undang-Undang Malaysia
Akta 715
(f) bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang suatu lesen atau lesen pengendali di bawah Bahagian II, Bahagian III atau Bahagian IV, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kebertanggungan pemunya berdaftar dan lain-lain berkenaan dengan kenderaan yang berkaitan

240. (1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya dengan nyata, apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana-mana pekhidmat, ejen atau pekongsi pemunya kenderaan yang berkaitan hendaklah, bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, disifatkan sebagai perbuatan atau peninggalan pemunya itu, melainkan jika dia memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perbuatan atau peninggalan itu.

(2) Sekiranya berlaku apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana-mana pekhidmat, ejen atau pekongsi pemunya kenderaan yang berkaitan yang boleh menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini jika dilakukan oleh pemunya itu, pekhidmat, ejen atau pekongsi itu adalah juga bersalah atas kesalahan itu.

Pendakwaan

241. (1) Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

(2) Mana-mana pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan terhadap mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.

Majistret mempunyai bidang kuasa penuh

241A. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa