Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/216

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
216
Undang-Undang Malaysia
Akta 715

kepada mengenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini, menentukan atau menilai amaun apa-apa tambang, tambang muatan, caj khas, surcaj, ganti rugi, perbelanjaan atau apa jua pun jumlah wang yang lain yang mungkin menjadi kena dibayar oleh orang itu kepada seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan, dan memerintahkan amaun itu dibayar oleh orang itu kepada pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(2) Tiada apa pun dalam subseksyen (1) boleh menghalang untuk didapatkan kembali apa-apa tambang, tambang muatan, caj khas, surcaj, ganti rugi, perbelanjaan atau apa jua pun jumlah wang yang lain yang mungkin menjadi kena dibayar oleh mana-mana orang kepada seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan melalui tuntutan sivil di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sivil.

Peruntukan tentang keterangan

238. (1) Sesuatu salinan lesen, lesen pengendali atau kelulusan, yang diperakukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat sebagai suatu salinan benar lesen, lesen pengendali atau kelulusan itu, boleh diterima sebagai keterangan bagi semua maksud yang baginya salinan asal salinan itu akan diterima sekiranya salinan asal itu telah dikemukakan dan diterima sebagai keterangan, tanpa bukti tandatangan atau kuasa orang yang menandatangani lesen, lesen pengendali atau kelulusan itu atau salinannya.

(2) Apabila dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini perlu dibuktikan bahawa mana-mana orang ialah, atau bukan, pemegang sesuatu lesen, lesen pengendali atau kelulusan, suatu perakuan yang berupa ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan memperakukan bahawa seorang ialah, atau bukan, pemegang lesen, lesen pengendali atau kelulusan itu, boleh diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai fakta yang diperakukan dalam perakuan itu, tanpa bukti