Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/215

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
215


Ketua Pengarah Pengangkutan Awam diberitahu tentang sabitan dan kompaun

236. (1) Apabila, semasa mana-mana prosiding yang membawa kepada sabitan, atau atas sabitan, mana-mana orang bagi apa jua kesalahan jenayah, sampai kepada pengetahuan mahkamah yang merekodkan sabitan itu bahawa orang itu (sama ada atau tidak orang itu memiliki suatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini) ialah, atau telah menjadi, atau telah bertindak sebagai, pemandu, konduktor atau pemunya suatu kenderaan perkhidmatan awam atau pengendali perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, atau pemandu atau pemunya suatu kenderaan pelancongan, atau pemandu atau pemunya suatu kenderaan barangan atau pengendali perkhidmatan kenderaan barangan, atau pengendali suatu terminal, mahkamah hendaklah dengan serta-merta menghantarkan butir-butir mengenai sabitan itu, dan mengenai apa-apa hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(2) Jika mana-mana mahkamah mensabitkan seseorang bagi mana-mana kesalahan di bawah seksyen 40 hingga 49 dan seksyen 69 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang yang disabitkan itu ialah pemegang suatu lesen untuk bertindak sebagai pemandu atau konduktor suatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kenderaan barangan, mahkamah hendaklah dengan serta-merta menghantarkan butir-butir mengenai sabitan itu, dan apa-apa lesen atau lesen pengendali sedemikian, sekiranya butir-butir itu dapat dipastikan, kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Jika mana-mana pegawai telah mengkompaunkan suatu kesalahan menurut subseksyen 235(2), pegawai itu hendaklah dengan serta-merta menghantarkan butir-butir mengenai kesalahan itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Mendapatkan kembali tambang, tambang muatan, caj khas, dsb.

237. (1) Apabila mana-mana orang disabitkan di hadapan suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa jenayah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah boleh, sebagai tambahan