Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan
232. (1) Tiap-tiap pegawai pengangkutan jalan yang membuat suatu penyiasatan di bawah Akta ini hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada mana-mana orang yang dikatakan tahu akan fakta dan hal keadaan kes yang disiasat itu.
(2) Sesiapa, apabila dikehendaki oleh seorang pegawai pengangkutan jalan untuk memberikan maklumat di bawah seksyen ini, memberikan sebagai benar maklumat yang dia mengetahui atau mempunyai alasan untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3) Jika apa-apa maklumat sedemikian dibuktikan tidak benar atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah menjadi pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian daripada maklumat itu telah disalahtafsirkan, atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud.
Pegawai pengangkutan awam darat yang berpakaian seragam hendaklah mengemukakan kad pengenalan
233. (1) Tiap-tiap pegawai pengangkutan awam darat, jika tidak berpakaian seragam apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia mengambil tindakan mana-mana dokumen yang menunjukkan identitinya itu sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk dibawa oleh seorang pegawai pengangkutan awam darat.
(2) Ia tidak menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, kehendak atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat, yang tidak berpakaian