Laman ini telah dibaca pruf
210
Undang-Undang Malaysia
Akta 715
Kuasa tambahan
230. Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah, bagi maksud pelaksanaan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
- (a) menghendaki pengemukaan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang disimpan oleh seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya;
- (b) menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubungan dengan mana-mana perbuatan atau kesalahan di bawah Akta ini;
- (c) membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Bab 3
Kuasa penguatkuasaan pegawai polis, dsb.
Kuasa polis dalam penyiasatan
231. Tiap-tiap pegawai polis yang membuat suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh menjalankan apa-apa atau segala kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan kepada pegawai polis itu oleh Bab XIII Kanun Tatacara Jenayah, dan peruntukan seksyen 112 hingga 114 Kanun itu hendaklah terpakai bagi pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa semasa penyiasatan itu.