Laman ini telah dibaca pruf
212
Undang-Undang Malaysia
Akta 715
seragam, jika pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat itu enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan dokumen pengenalannya apabila dikehendaki oleh orang itu.
Bab 4
Pelbagai
Halangan
234. Mana-mana orang yang—
- (a) enggan untuk memberi mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat akses kepada mana-mana premis yang pegawai sedemikian berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
- (b) mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat itu berhak membuatnya di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau
- (c) enggan untuk memberi mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat apa-apa maklumat berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya,