Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/209

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
209

hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

(7) Mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Kos bagi memegang buku, dokumen, dsb., yang disita

228. Jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding yang berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar oleh orang itu kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan kembali dengan sewajarnya.

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

229. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.