Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/208

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
208
Undang-Undang Malaysia
Akta 715

berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu, melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).

(4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa ia tidak boleh dilucuthakkan boleh memberi, sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, notis bertulis kepada pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang dalam miliknya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu dipegang bahawa dia menuntut buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu.

(5) Apabila notis di bawah subseksyen (4) diterima, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah merujukkan perkara itu kepada Majistret bagi keputusannya.

(6) Majistret yang kepadanya perkara itu dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu dan orang yang daripadanya ia disita untuk hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan, apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita itu ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret