dibenarkan seperti yang disebut terdahulu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5) Dengan ini diisytiharkan bahawa suatu perintah di bawah seksyen 194 atau 195 tidak mempunyai kuat kuasa untuk memberikan atau meletakhakkan apa-apa hakmilik pada, atau apa-apa kepentingan benefisial mengenai apa-apa harta pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu yang dengannya perintah itu adalah berhubungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bahagian X
KESALAHAN UMUM DAN PENALTI
Membawa dengan menyalahi undang-undang barangan atau bagasi yang berbahaya atau memudaratkan
198. (1) Tiada seorang pun boleh membawa atau menyebabkan supaya dibawa ke atas suatu kenderaan yang berkaitan atau kereta api, apa-apa barangan atau bagasi yang berbahaya atau memudaratkan—
- (a) daripada kelas atau jenis yang ditetapkan; dan
- (b) kecuali mengikut peraturan-peraturan yang dibuat dibawah Akta ini berkenaan dengan pembawaan barangan yang berbahaya atau memudaratkan oleh kenderaan yang berkaitan atau kereta api.
(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini atau mana-mana perintah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pemilikan atau pengangkutan barangan atau bagasi yang berbahaya atau memudaratkan.