195, hendaklah terletak hak pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, segala kuasa pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu ialah suatu syarikat, syarikat dan pengarahnya, di bawah dokumen konstituen pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, atau yang boleh dijalankan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau syarikat atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya dengan cara apa sekalipun, tidak kira sama ada kuasa itu boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas, atau mengikut apa-apa jua pun cara lain, dan apa-apa jua pun kesukaran yang berbangkit berhubungan dengannya boleh diselesaikan oleh Menteri melalui arahan bertulis.
(4) Dalam tempoh berkuat kuasanya suatu perintah di bawah seksyen 194 atau 195, tiada pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau jika pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu ialah suatu syarikat, tiada syarikat atau pengarah, yang dengannya perintah itu adalah berhubungan boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tiada saraan daripada apa jua pun jenis boleh terakru atau kena dibayar kepada pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu ialah suatu syarikat, syarikat atau mana-mana pengarah, kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubungan dengan apa-apa aktiviti yang dikehendaki atau