Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/181

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
181


Peruntukan berhubungan dengan pengambilalihan kawalan di bawah seksyen 194 atau 195

197. (1) Jika kawalan ke atas seorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan telah diambil alih menurut suatu perintah di bawah seksyen 194 atau 195, pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu ialah suatu syarikat, syarikat itu dan pengarahnya, dan pegawai hendaklah menyerahkan harta, perniagaan dan hal ehwalnya kepada kawalan sedemikian, dan hendaklah memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau, jika kawalan itu diambil alih oleh seorang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat (disebut sebagai “orang dilantik”), kepada orang dilantik itu, segala kemudahan sedemikian yang dikehendaki untuk menjalankan perniagaan dan hal-ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(2) Jika kawalan ke atas seorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan telah diambil alih menurut perintah di bawah seksyen 194 atau 195, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus mengawal harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang berkenaan, dan menjalankan perniagaan dan hal-ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atas nama dan bagi pihak pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perintah itu, sehingga masa apabila perintah itu dibatalkan di bawah subseksyen 194(4).

(3) Di sepanjang tempoh kawalan ke atas seorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan menurut perintah di bawah seksyen 194 atau