atau orang yang terlibat dalam pengerjaan atau pemanduan tren kereta api atau yang melibatkan kerosakan teruk kepada barangan yang dibawa di atas kereta api atau harta atau suatu kemalangan daripada sekian perihalan yang biasanya melibatkan kehilangan, kecederaan atau kerosakan sedemikian.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubungan dengan notis kemalangan, dsb.
149. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan—
- (a) bentuk notis yang disebut dalam seksyen 145 dan butir-butir kemalangan yang hendaklah terkandung dalam notis itu;
- (b) kelas kemalangan yang berkenaan dengannya suatu notis hendaklah dihantar melalui apa-apa bentuk telekomunikasi sebaik selepas berlakunya kemalangan;
- (c) kewajipan pegawai polis, pegawai kereta api atau pegawai pengangkutan awam darat apabila berlakunya suatu kemalangan; dan
- (d) tatacara bagi apa-apa siasatan ke atas suatu kemalangan.
Pengemukaan penyata kemalangan
150. Tiap-tiap pengendali berlesen hendaklah menghantar kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu penyata mengenai kemalangan yang berlaku berkaitan dengan kereta api yang dikendalikan olehnya, sama ada yang melibatkan kecederaan diri atau tidak, dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara dan pada apa-apa lat tempoh atau masa yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.