Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/165

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
165

atau mengemukakan suatu dokumen atau apa-apa benda lain yang diketahuinya adalah palsu,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(6) Jawatankuasa penyiasatan itu hendaklah, apabila selesainya siasatan itu, mengemukakan laporannya kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan laporan itu hendaklah menyatakan pendapat jawatankuasa itu tentang sebab kemalangan itu dan butir-butir lengkap mengenai kes itu.

Menteri boleh memerintahkan siasatan

147. (1) Menteri boleh memerintahkan supaya suatu siasatan tentang sebab apa-apa kemalangan yang melibatkan suatu kereta api dibuat oleh mana-mana orang yang ditentukan dalam perintah itu.

(2) Mana-mana orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan, bagi maksud siasatan itu, segala kuasa berkanun dan kuasa lain yang pada masa itu terletak hak pada dan boleh dijalankan oleh seorang majistret bagi memanggil dan menguatkuasakan kehadiran saksi, bagi mentadbirkan sumpah atau ikrar kepada saksi itu dan bagi memaksa saksi itu untuk menjawab semua soalan yang munasabah dan berpatutan yang berhubungan dengan perkara yang menjadi hal perkara siasatan itu.

(3) Orang yang mengadakan siasatan itu hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu salinan prosiding itu dan melaporkan pendapatnya tentang sebab kemalangan itu berserta dengan butir-butir lengkap mengenai kes itu.

Erti “kemalangan”

148. Bagi maksud seksyen 145, 146 dan 147, “kemalangan” ertinya suatu kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa manusia atau cedera parah kepada mana-mana orang awam, penumpang kereta api