Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/164

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
164
Undang-Undang Malaysia
Akta 715

sebab kemalangan itu atau pengendali berlesen itu menerima segala tanggungjawab, siasatan itu tidak perlu diadakan.

(2) Pengendali berlesen hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu laporan tentang kemalangan itu dan laporan itu hendaklah menyatakan tindakan yang dicadangkan untuk diambil oleh pengendali berlesen itu berkenaan dengan pegawai kereta api yang bertanggungjawab bagi kemalangan itu atau bagi penyemakan kaedah-kaedah atau sistem bekerja dan, jika suatu siasatan telah diadakan di bawah subseksyen (1), suatu laporan tentang siasatan itu.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, jika ia tidak berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (2), membentuk suatu jawatankuasa penyiasatan untuk menyiasat sebab kemalangan itu.

(4) Bagi maksud siasatan itu, jawatankuasa penyiasatan boleh memanggil mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu untuk memberikan keterangan atas sumpah atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya dan untuk memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya yang berhubung dengan perkara yang menjadi hal perkara siasatan itu.

(5) Seseorang yang di bawah subseksyen (4)—

(a) setelah dipanggil untuk menghadiri apa-apa siasatan sedemikian, tidak berbuat demikian;
(b) menunjukkan apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa apa penghinaan atau ancaman kepada jawatankuasa itu atau mana-mana anggota jawatankuasa itu semasa suatu siasatan; atau
(c) setelah dikehendaki oleh jawatankuasa itu untuk memberikan keterangan atas sumpah atau untuk mengemukakan suatu dokumen atau benda lain, enggan untuk berbuat demikian atau memberikan keterangan palsu