Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/163

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
163


Bahagian VI
KEMALANGAN, SIASATAN DAN PENYIASATAN

Bab 1
Kemalangan yang melibatkan kereta api

Notis mengenai kemalangan hendaklah diberikan

145. (1) Apabila berlaku suatu kemalangan yang melibatkan kereta api—

(a) pegawai kereta api yang menjaga suatu stesen kereta api yang paling hampir dengan tempat berlakunya kemalangan itu, hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan itu, memberikan notis mengenai kemalangan itu secara bertulis atau melalui apa-apa bentuk telekomunikasi kepada pegawai yang menjaga balai polis yang paling hampir; dan
(b) pengendali berlesen itu hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan itu, menghantar suatu notis bertulis mengenai kemalangan itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(2) Notis itu hendaklah mengandungi pernyataan ringkas mengenai sifat kemalangan itu dan takat kecederaan atau kerosakan yang diakibatkan oleh kemalangan itu.

Siasatan

146. (1) Pengendali berlesen hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas berlakunya suatu kemalangan, menyebabkan suatu siasatan dibuat oleh suatu jawatankuasa pegawai pengendali berlesen itu yang ditubuhkan untuk menyiasat sebab kemalangan itu, tetapi dalam hal tidak terdapat keraguan yang munasabah mengenai