Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/160

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
160
Undang-Undang Malaysia
Akta 715


Sekatan mengenai pelaksanaan terhadap harta kereta api

140. (1) Tiada satu pun stok kereta, jentera, loji, alat, kelengkapan, bahan atau harta benda yang digunakan atau diadakan oleh seseorang pengendali berlesen bagi maksud lalu lintas di atas kereta api yang dikendalikan olehnya, atau bagi maksud stesen atau bengkelnya, boleh diambil untuk pelaksanaan apa-apa dekri atau perintah mana-mana mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau orang yang menurut undang-undang mempunyai kuasa untuk menahan atau merampas harta atau selainnya menyebabkan harta diambil untuk pelaksanaan, melainkan jika melalui perintah atau arahan mahkamah menurut perenggan 194(1)(b).

(2) Tiada apa jua dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai menyentuh kuasa mana-mana mahkamah untuk menahan pendapatan seorang pengendali berlesen untuk pelaksanaan suatu penghakiman atau perintah.

Kewajipan di sisi undang-undang pegawai kereta api

141. Tiap-tiap pegawai kereta api adalah terikat di sisi undang-undang untuk melakukan segala jua yang perlu atau kondusif bagi keselamatan orang awam, dan tiap-tiap pegawai kereta api sedemikian adalah dilarang di sisi undang-undang daripada melakukan apa-apa perbuatan yang berkemungkinan akan menyebabkan bahaya.

Penangkapan pesalah

142. Mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba untuk melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini yang berhubungan dengan kereta api boleh ditangkap, tanpa waran, oleh mana-mana pegawai polis, pegawai kereta api atau pegawai pengangkutan awam darat, atau oleh mana-mana orang lain yang mungkin dipanggil oleh pegawai polis, pegawai kereta api atau pegawai pengangkutan awam darat itu untuk membantunya, dan tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, dibawa ke balai polis yang paling hampir untuk diperlakukan mengikut