undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa:
Dengan syarat bahawa seorang pegawai kereta api tidak boleh melakukan apa-apa tangkapan sedemikian di luar premis kereta api.
Pengendali berlesen bukan pengangkut awam
143. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seseorang pengendali berlesen tidak boleh disifatkan sebagai pengangkut awam atau tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pengangkut awam.
Bahagian V
PENYEPADUAN
Penyepaduan pengangkutan awam darat
144. Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, untuk memudahkan dan membolehkan penyepaduan dan koordinasi pengangkutan awam darat, mengenakan terhadap mana-mana pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan apa-apa syarat pada lesen atau lesen pengendalinya yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, termasuk suatu syarat yang menghendaki penyepaduan dengan pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang lain.
Bahagian Va
PEREDARAN ANTARABANGSA PENGANGKUTAN AWAM DARAT
Permit, lesen, dsb., di bawah perjanjian antarabangsa
144A. (1) Bagi maksud melaksanakan mana mana perjanjian antarabangsa berhubung dengan memudahkan peredaran antarabangsa bagi mana-mana pengangkutan awam darat, Menteri boleh membuat