Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/156

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
156
Undang-Undang Malaysia
Akta 715


Pelupusan barangan yang tidak dituntut

135. (1) Apabila mana-mana barangan berada dalam milikan seorang pengendali berlesen untuk pengangkutan atau selainnya, dan tidak dituntut oleh pemunya atau orang lain yang ternyata kepada pengendali berlesen itu sebagai berhak kepadanya, pengendali berlesen itu hendaklah, jika pemunya atau orang itu diketahui, menyebabkan suatu notis disampaikan kepadanya yang menghendakinya untuk mengalihkan barangan itu.

(2) Jika pemunya atau orang itu tidak diketahui, atau notis itu tidak dapat disampaikan kepadanya, atau dia tidak mematuhi notis itu, pengendali berlesen itu boleh, selepas tempoh masa yang munasabah, menjual barangan itu dengan seberapa hampir yang boleh mengikut seksyen 134 dan memberikan lebihan hasil jualan itu, jika ada, kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya.

(3) Bagi maksud seksyen ini, “barangan” hendaklah disifatkan termasuk bagasi.

Rekuisisi bagi akuan bertulis mengenai perihalan barangan

136. (1) Pemunya atau orang yang menjaga mana-mana barangan yang dihantarserahkan kepada seorang pengendali berlesen bagi maksud pengangkutan, dan konsaini mana-mana barangan yang telah diangkut, hendaklah, atas permintaan mana-mana pegawai kereta api yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh pengendali berlesen, menghantarserahkan kepada pegawai itu suatu akuan bertulis yang ditandatangani oleh pemunya atau orang itu, atau oleh konsaini itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mengandungi perihalan secukupnya mengenai barangan itu bagi menentukan kadar yang berhak dikenakan oleh pengendali berlesen itu berkenaan dengannya.

(2) Jika pemunya, orang, atau konsaini itu enggan atau abai untuk memberikan akuan sedemikian atau enggan untuk membuka bungkusan yang mengandungi barangan itu supaya perihalan barangan itu boleh ditentukan, pengendali berlesen itu boleh—