Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/155

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
155
(b) dalam hal barangan lain, menjual melalui lelong awam, apabila habis tempoh notis sekurang-kurangnya empat belas hari mengenai lelong yang dicadangkan itu yang disiarkan dalam satu akhbar tempatan atau lebih, apa-apa kuantiti barangan yang mencukupi bagi mendapatkan kembali jumlah wang yang kena dibayar atau boleh didapatkan kembali oleh pengendali berlesen itu berserta dengan segala perbelanjaan bagi penahanan itu, notis dan jualan, termasuk, dalam hal haiwan, perbelanjaan bagi memberikan makan, minuman dan menjaga haiwan itu.

(3) Pengendali berlesen boleh, daripada hasil jualan itu, memegang simpan amaun wang dan perbelanjaan yang kena dibayar kepada dan yang boleh didapatkan kembali oleh pengendali berlesen itu, dengan memberikan lebihan hasil jualan itu, jika ada, dan apa-apa barangan yang masih tidak dijual kepada orang yang berhak kepadanya.

(4) Jika orang yang berhak kepada barangan itu tidak mengalihkan dari premis kereta api itu, dalam masa yang munasabah, mana-mana barangan yang masih tidak dijual itu, pengendali berlesen itu boleh menjual keseluruhan barangan itu dan hendaklah, selepas menolak perbelanjaan bagi penahanan selanjutnya dan jualan barangan itu, memberikan lebihan hasil itu kepada orang yang berhak kepadanya.

(5) Orang yang berhak untuk mengalihkan barangan itu tidak boleh berbuat demikian melainkan jika dia memberi pengendali berlesen itu suatu jumlah wang yang bersamaan dengan kos, caj dan perbelanjaan bagi penahanan selanjutnya barangan itu dari tarikh jualan di bawah subseksyen (2) sehingga tarikh pengalihan.

(6) Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, pengendali berlesen boleh mendapatkan kembali apa-apa jumlah wang yang disebut dalam subseksyen (1) melalui guaman atau tindakan.

(7) Bagi maksud seksyen ini, “barangan” hendaklah disifatkan termasuk bagasi.