- (a) berkenaan dengan barangan yang dibawa bagi maksud pengangkutan, enggan untuk membawa barangan itu melainkan jika suatu kadar dibayar berkenaan dengannya yang tidak melebihi kadar tertinggi yang berkuat kuasa pada masa itu di atas kereta api bagi apa-apa kelas barangan; atau
- (b) berkenaan dengan barangan yang telah diangkut, mengenakan suatu kadar yang tidak melebihi kadar tertinggi itu.
(3) Jika suatu akuan yang dihantarserahkan di bawah subseksyen (1) adalah pada materialnya palsu berkenaan dengan perihalan apa-apa barangan yang akuan itu berupa berhubungan dengannya, dan yang telah diangkut, pengendali berlesen itu boleh mengenakan caj, berkenaan dengan pengangkutan barangan itu, pada suatu kadar yang tidak melebihi dua kali ganda kadar tertinggi yang berkuat kuasa pada masa itu di atas kereta api bagi apa-apa kelas barangan.
(4) Jika apa-apa perselisihan berbangkit antara seorang pegawai kereta api dengan pemunya atau orang yang menjaga, atau konsaini, mana-mana barangan yang telah dihantarserahkan untuk pengangkutan, atau yang telah diangkut, berkenaan dengan perihalan barangan itu yang menjadi hal perkara akuan di bawah seksyen ini, pegawai kereta api itu boleh menahan dan memeriksa barangan itu.
(5) Jika ternyata daripada pemeriksaan bahawa perihalan barangan itu adalah berbeza daripada yang dinyatakan dalam akuan yang dihantarserahkan di bawah subseksyen (1), orang yang menghantarserahkan akuan itu atau, jika orang itu bukan pemunya barangan itu, maka orang itu dan pemunya itu secara bersesama dan berasingan, adalah bertanggungan untuk membayar kepada pengendali berlesen itu kos penahanan dan pemeriksaan barangan itu, dan pengendali berlesen itu hendaklah dilepaskan daripada segala tanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang mungkin disebabkan oleh penahanan atau pemeriksaan itu.
(6) Jika ternyata bahawa perihalan barangan itu tidak berbeza daripada yang dinyatakan dalam akuan yang dihantarserahkan