tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.
Gerak isyarat atau isyarat yang menyebabkan kereta api berhenti
131. Jika mana-mana orang yang bukan seorang pegawai kereta api, tanpa alasan yang munasabah, dengan membuat apa-apa gerak isyarat atau menunjukkan apa-apa isyarat atau selainnya, menyebabkan kereta api yang sedang bergerak untuk berhenti, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Mencederakan atau cuba untuk mencederakan dengan niat jahat orang, dsb., yang membuat perjalanan dengan kereta api
132. Jika mana-mana orang dengan menyalahi undang-undang melemparkan atau menyebabkan terjatuh atau terketuk apa-apa kayu, batu atau bahan atau benda lain pada, ke arah, ke dalam, atau ke atas mana-mana stok kereta yang menjadi sebahagian daripada suatu tren kereta api dengan niat, atau dengan mengetahui bahawa dia berkemungkinan, akan membahayakan keselamatan mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas, atau barangan yang dibawa di dalam, stok kereta sedemikian atau di dalam atau di atas mana-mana stok kereta lain yang menjadi sebahagian daripada kereta api yang sama, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.