Laman ini telah dibaca pruf
152
Undang-Undang Malaysia
Akta 715
dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Menghalang atau cuba untuk menghalang kereta api dengan niat jahat
130. Jika mana-mana orang dengan menyalahi undang-undang—
- (a) meletakkan, melemparkan atau menyebabkan terjatuh ke arah, di atas atau merintangi suatu kereta api apa-apa kayu, batu atau bahan atau benda lain;
- (b) mengambil, mengalihkan, melonggarkan, atau memindahkan apa-apa rel, ranjang landas atau bahan atau benda lain yang bersangkutan dengan suatu kereta api;
- (c) memusingkan, menggerakkan, membuka kunci atau melencongkan mana-mana poin kereta api atau jentera lain yang bersangkutan dengan suatu kereta api;
- (d) menggerakkan mana-mana bahagian stok kereta di atas suatu landasan kereta api atau meninggalkannya di atas mana-mana bahagian landasan kereta api;
- (e) membuat, menunjukkan, menyembunyikan atau mengalihkan mana-mana isyarat atau lampu di atas atau berdekatan dengan suatu kereta api; atau
- (f) melakukan atau menyebabkan supaya dilakukan atau cuba untuk melakukan apa-apa perbuatan atau benda lain berhubung dengan suatu kereta api,
dengan niat, atau dengan mengetahui bahawa dia berkemungkinan akan, menghalang pengerjaan kereta api itu, atau membahayakan keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan dengan atau berada di atas kereta api atau barangan yang dibawa di atas kereta api, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda