Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/151

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
151

menyebabkan kerosakan kepada kereta api mengikut apa-apa cara melalui air, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4) Mana-mana orang yang, mempunyai apa-apa kontrak untuk membekalkan kepada seorang pengendali berlesen batu bata, batu kerikil, balak, bahan api, atau apa-apa bahan lain, atau yang diambil kerja berkaitan dengan pembekalan kepada pengendali berlesen itu bahan sedemikian, yang dengan cuai meletakkan atau menyusun bahan tersebut mengikut cara yang tidak selamat dan tidak cermat atau kurang daripada jarak yang ditetapkan dari landasan kereta api dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subperenggan 252(1)(tb)(ii), sehingga keselamatan tren kereta api yang lalu atau mana-mana orang atau barangan di dalam atau di atas tren itu terjejas, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Membuka atau tidak menutup get dengan betul

129. Jika—

(a) mana-mana orang, tanpa kebenaran atau pengetahuan seorang pegawai kereta api, membuka atau cuba untuk membuka mana-mana get yang diletakkan di mana-mana belah mana-mana landasan kereta api yang merintangi suatu jalan, atau lalu atau cuba untuk lalu, atau memandu atau membawa atau cuba untuk memandu atau membawa, mana-mana kenderaan, haiwan atau benda lain melintasi landasan kereta api itu; atau
(b) mana-mana orang yang menurut subseksyen 98(3) tidak menutup dan menyelak dan, jika perlu, mengunci get itu seperti yang disebut terdahulu sebaik selepas dia dan mana-mana kenderaan, haiwan atau benda lain di bawah jagaannya telah lalu menerusi get itu,