Mengalihkan, dsb., tonggak, pancang atau tanda lain
123. Mana-mana orang yang mengalihkan, mencacatkan atau dengan apa jua cara mengganggu mana-mana tonggak, pancang atau tanda lain yang diletakkan oleh atau bagi maksud seseorang pengendali berlesen di sepanjang landasan kereta api atau bersempadanan dengannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Memasuki atau meninggalkan koc kereta api secara luar aturan
124. Mana-mana orang yang—
- (a) pada bila-bila masa memasuki atau meninggalkan atau cuba untuk memasuki atau meninggalkan mana-mana koc kereta api selain dengan menggunakan pintu yang disediakan bagi maksud itu di sisi koc kereta api itu yang bersebelahan dengan platform atau tempat seumpama yang lain yang ditentukan oleh pengendali berlesen sebagai tempat untuk orang memasuki atau meninggalkan suatu koc kereta api; atau
- (b) membuka mana-mana pintu luar mana-mana koc kereta api sedemikian semasa ia sedang bergerak,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
Menahan masuk, dan memasuki dan enggan meninggalkan tren yang penuh
125. Mana-mana penumpang yang—
- (a) menahan kemasukan sah penumpang lain ke dalam suatu koc kereta api atau sebahagian koc kereta api yang tidak dikhaskan oleh pengendali berlesen bagi kegunaan penumpang yang menahan itu;